Friday, May 15, 2020

Matematik Tahun 5 - Siri Kuiz Google Forms (Soalan Kuiz Topikal)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berikut kami kongsikan link ke Kuiz Google Forms bagi tajuk-tajuk dalam sukatan Matematik Tahun 5 mengikut Buku Teks Matematik Tahun 5 Sekolah Kebangsaan.

Soalan dalam Kuiz Google Forms ini dibina berdasarkan soalan contoh yang ditunjukkan di dalam Buku Teks. Soalan yang dibina adalah bersifat klon atau sangat mirip kepada contoh yang diberikan dalam Buku Teks.

Ini bermakna murid-murid sudah terbiasa dengan bentuk soalan itu yang mana telah dipelajari di dalam kelas dan diterangkan oleh guru Matematik masing-masing di sekolah berpandukan Buku Teks.

Soalan Kuiz Google Forms ini boleh dijadikan sebagai satu bentuk ulangkaji kepad tajuk yang telah dipelajari. Kebanyakan soalan yang dikemukakan juga ada disertakan nombor soalan dan juga muka surat bagi setiap contoh dalam Buku Teks untuk dirujuk oleh murid-murid.

Kuiz berbentuk topikal ini boleh juga dijadikan sebagai satu bentuk ujian topikal untuk mengenal pasti tahap perkembangan pembelajaran anak murid.

Kesemua soalan di dalam Siri Kuiz Google Forms ini adalah dibina berdasarkan sukatan yang terkandung di dalam Buku Teks. Oleh itu, rujukan utama adalah berpandukan kepada 18 tajuk dalam Buku Teks Matematik Tahun 5.


Matematik Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

(Sila tekan link yang diberikan untuk menjawab Kuiz Google Forms bagi setiap tajuk di bawah)

Nota: Murid boleh juga rujuk buku teks dan muka surat bagi setiap soalan dinyatakan semasa menjawab soalan bagi menambahkan kefahaman tentang sesuatu tajuk yang telah diterangkan di dalam kelas.

Tajuk 1: Nombor Hingga 1 000 000. (Rujuk Buku Teks muka surat 1-16)
Link: https://forms.gle/KcEjrxaPzvRfGwAx5

Tajuk 2: Tambah. (Rujuk Buku Teks muka surat 17-24).
Link: https://forms.gle/TzAfGSy1gebJLRJG6

Tajuk 3: Tolak. (Rujuk Buku Teks muka surat 25-34).
Link: https://forms.gle/6mSxibhrx4Kcqoaf7

Tajuk 4: Darab. (Rujuk Buku Teks muka surat 35-46).
Link: https://forms.gle/qKw2MoYpWSsWXyRw7

Tajuk 5: Bahagi. (Rujuk Buku Teks muka surat 47-58).
Link: https://forms.gle/TmTUUHek8VwVUfW48

Tajuk 6: Operasi Bergabung. (Rujuk Buku Teks muka surat 59-74).
Link: https://forms.gle/fJnstYnS3MfXU87R7

Tajuk 7: Pecahan. (Rujuk Buku Teks muka surat 75-90).
Link: https://forms.gle/vtNX42Nc6gUoc6jt9

Tajuk 8: Perpuluhan. (Rujuk Buku Teks muka surat 91-106).
Link: https://forms.gle/wcR1iMP8KCfXZjKG8

Nota: Tajuk-tajuk lain akan dikemaskini setelah siap soalannya dibina dari semasa ke semasa.

Siri Kuiz Google Forms Matematik Tahun 5 ini disediakan oleh:

1. Sharulazman Mohd Ghazali (SK LKTP Tembangau 3, Bera, Pahang)
sharulazmanmg@gmail.com

2. Ahmad Zalmi Ngah (SK Jaya Gading, Kuantan, Pahang)
azalmingah@gmail.com

5 comments: